Friday, July 27, 2012

Penerangan terhadap perbezaan warna merah dan hijau

Assalamualaikum Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan jutaan terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah membeli AlQuran dengan panduan waqaf dan ibtida'. Untuk pengetahuan semua, al-quran ini telah habis dijual sebanyak 20 ribu naskhah dalam masa 10 hari. Untuk pengetahun semua, pihak telaga biru sedang dalam proses cetakan kedua dan dijangka siap 8-10 hari dari tarikh hari ini. Pada 29 haribulan Julai, saya dan ayahanda Tan Sri Hassan Azhari akan ke Singapura untuk majlis pelancaran quran dan saya difahamkan sambutan orang ramai di Singapura juga amat baik dan sekarang Quran ini sedang dalam proses memohon kebenaran untuk memasuki pasaran Negara Brunei. Sebentar tadi saya ada menerima panggilan dari seorang pengguna yang menanyakan perbezaan warna merah dan hijau dalam quran ini. Ingin saya terangkan sekali lagi bahawa warna merah dan hijau mempunyai fungsi yang SAMA iaitu pembaca boleh berhenti di hujung warna merah dan memulakan bacaan di awal warna merah begitu juga dengan warna hijau di mana pembaca boleh berhenti di hujung warna hijau dan memulakan bacaan di awal warna hijau. Cuma warna hijau ini akan berada selepas warna merah. Ia menunjukkan ayat itu terlalu panjang dan perlukan 2 perhentian. Jika pembaca mampu untuk berhenti pada hujung warna hijau, pembaca boleh memulakan bacaan di awal warna hijau dan jika nafas tidak sampai, pembaca boleh memilih untuk berhenti di akhir warna merah dan memulakan bacaan di awal warna merah. Saya berharap agar pembaca dapat memahami keterangan ini dan segala yang benar itu adalah dari Allah 'Azza wajalla dan yang kurang serta yang lemah itu datang dari diri saya yang serba kekurangan dan kerdil ini. Hanya paadamu Ya Allah saya panjatkan doa agar usaha saya ini diberkati olehMu Ya Allah.

10 comments:

Anonymous said...

Salam. Prof. cetakan kedua ini sudah berada dipasaran ke belum? bila agak nya boleh didapati dikedai2 buku JB? Terima Kasih.

raufhassan said...

Salam
Al-Quran cetakan Kedua ini mempunyai penambahbaikan yang agak banyak berbanding cetakan pertama. Di sini, saya telah menambah panduan waqaf dan ibtida' pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat pada cetakan pertama. Seingat saya hampir 80 halaman yang telah saya buat penambahbaikan pada cetakan kedua ini. Kemungkinan minggu hadapan seminggu sebelum hari raya akan diedarkan di seluruh Malaysia. Segala pertanyaan bolehlah hubungi saya melalui emel saya raufhassan2011@yahoo.com atau raufhassan2011@gmail.com. Sekian harap maklum dan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak

Anonymous said...

Alhamdulillah. Terima kasih atas infomasi Prof. Ramai teman2 saya sedang mencari cari Al-Quran ini.

raufhassan said...

Salam
Baru ini saya ada menghantar quran ini di Johor Baharu sebanyak 100 naskhah. Mungkin saya akan menghantar lagi quran ini selepas hari raya. Rasanya jika tuan berminat , mungkin tuan boleh ambil quran ini selepas hari raya dan alamatnya di taman Dato' Onn JB. Sekian wassalam

Anis H said...

Assalamualaikum Dr.
Selain dari Telaga Biru, di mana lagi boleh kami dapat naskhah AlQuran ni?
Terimakasih.

Sampaikan salam saya utk Tan Sri dari anak almarhum Tuan Haji Hambali, Klang.

raufhassan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...saya berminat jugak dengan quran dgn waqaf&ibtida' ni..tp saya harap akan ada keluaran quran waqaf ibtida' dgn terjemahan suatu masa nnt..harap2 ada ye nnt dr.

zax said...

Salam Ustaz bila agaknye dpt dtg ke singapura bersama ayahanda?

Anonymous said...

maksud tuan haji...warna hijau sepatutnya warna merah juga, cuma disebabkan untuk membezakan merah pertama dan kedua, jadi dihijaukan.

Sebelum ini saya faham kalau berhenti hujung hijau, saya boleh baca balik pada awal merah atau awal hijau.

rokbelukar said...

maksud tuan haji...warna hijau sepatutnya warna merah juga, cuma disebabkan untuk membezakan merah pertama dan kedua, jadi dihijaukan.

Sebelum ini saya faham kalau berhenti hujung hijau, saya boleh baca balik pada awal merah atau awal hijau.