Saturday, August 18, 2012

Selamat Menyambut Idul Fitri


Assalamualaikum

Salam Idul Fitri kepada semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah akhirnya kita berjaya mentarbiah dan mendidik jiwa kita selama sebulan dari melakukan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Namun persoalannya adakah latihan yang kita dapati dari madrasah ramadaniyyah ini boleh diteruskan di bulan syawal dan bulan-bulan lain sehingga kita bertemu kembali dengan Ramadan pada tahun hadapan? Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Hud ayat 112 "فاستقم كما أمرت" . Istiqamah dan konsisten dan melakukan amalan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah amat penting dalam ajaran Islam dan kehidupan seseorang muslim. Adakah kita selama sebulan dapat membaca quran setiap hari dan apabila habisnya bulan Ramadan, maka al-Quran pula ditutup dan kita akan membacanya pada Ramadanyang akan datang? Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya, keluarga saya dan sahabat semua agar kita semua dapat melakukan kebajikan dan kebaikan secara istiqamah tidak kiralah dibulan Ramadan mahupun di bulan-bulan selain Ramadan. Untuk itu, dikesempatan yang ada ini, saya dan keluarga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Syawal dan maaf zahir dan batin. Semoga kita akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal Alamin

Monday, August 13, 2012

Quran Panduan Waqaf Dan Ibtida' Cetakan Kedua

Assalamualaikum
Alhamdulillah al-Quran Panduan Waqaf Dan Ibtida' cetakan kedua telah mula diedarkan semalam 13 Ogos 2012. Namun saya difahamkan oleh telaga biru, pengedaran terlalu terhad disebabkan sambutan hari raya yang sangat hampir. Quran cetakan kedua ini mempunyai beberapa kelaianan antaranya terdapat terjemahan kata penyusun dan penerbit dalam bahasa Arab dan juga Inggeris. Penanda buku juga dibuat dalam 3 bahasa ini. Selain itu terdapat penambahbaikan pada ayat-ayat yang panjang yang tidak diberikan panduan pada cetakan pertama telah diberikan panduan waqaf dan ibtida' pada cetakan kedua ini. Oleh itu, segala pertanyaan bolehlah hubungi saya atau pihak telaga biru. Boleh dapatkan quran ini pada nombor tel saya 0192277963. Sekian wassalam