Sunday, March 20, 2011

Pengenalan Tajwid

Pengenalan Al-Quran
Dalam al-Quran terdapat 114 surah yang terdiri dari 30 juzuk. Dalam setiap juzuk dibahagikan kepada 2 hizb dan dalam setiap hizb pula terdapat 4 rub`. Oleh itu, dalam sebuah mashaf terdapat 60 hizb dan 240 rub`.


Bilangan ayat al-quran sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Syatibiy yang diriwayatkan dari Hamzah dan Sufian dari Ali bin Abi Talib r.a menjelaskan bahawa dalam al-Quran terdapat 6236 ayat.
Manakala dari sudut perkataan pula, dalam al-Quran terdapat 77437 patah perkataan dan huruf pula sebanyak 323671 huruf. Manakala titik yang terdapat dalam al-Quran adalah sebanyak 150,681 titik.

1 comment:

Asda said...

Assalamualaikum Dr. Apa makna hizb dan rub'? Boleh Dr. Jelaskan?