Friday, July 27, 2012

Penerangan terhadap perbezaan warna merah dan hijau

Assalamualaikum Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan jutaan terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah membeli AlQuran dengan panduan waqaf dan ibtida'. Untuk pengetahuan semua, al-quran ini telah habis dijual sebanyak 20 ribu naskhah dalam masa 10 hari. Untuk pengetahun semua, pihak telaga biru sedang dalam proses cetakan kedua dan dijangka siap 8-10 hari dari tarikh hari ini. Pada 29 haribulan Julai, saya dan ayahanda Tan Sri Hassan Azhari akan ke Singapura untuk majlis pelancaran quran dan saya difahamkan sambutan orang ramai di Singapura juga amat baik dan sekarang Quran ini sedang dalam proses memohon kebenaran untuk memasuki pasaran Negara Brunei. Sebentar tadi saya ada menerima panggilan dari seorang pengguna yang menanyakan perbezaan warna merah dan hijau dalam quran ini. Ingin saya terangkan sekali lagi bahawa warna merah dan hijau mempunyai fungsi yang SAMA iaitu pembaca boleh berhenti di hujung warna merah dan memulakan bacaan di awal warna merah begitu juga dengan warna hijau di mana pembaca boleh berhenti di hujung warna hijau dan memulakan bacaan di awal warna hijau. Cuma warna hijau ini akan berada selepas warna merah. Ia menunjukkan ayat itu terlalu panjang dan perlukan 2 perhentian. Jika pembaca mampu untuk berhenti pada hujung warna hijau, pembaca boleh memulakan bacaan di awal warna hijau dan jika nafas tidak sampai, pembaca boleh memilih untuk berhenti di akhir warna merah dan memulakan bacaan di awal warna merah. Saya berharap agar pembaca dapat memahami keterangan ini dan segala yang benar itu adalah dari Allah 'Azza wajalla dan yang kurang serta yang lemah itu datang dari diri saya yang serba kekurangan dan kerdil ini. Hanya paadamu Ya Allah saya panjatkan doa agar usaha saya ini diberkati olehMu Ya Allah.